Wink-wink

Apa korang rasa pasal isteri pakai buang ni? dan apa pula pandangan pertama korang? aku tau aku tau... mesti banyak kearah negetif ni kan?

Aku tak tahu nak explain macam mana tapi jangan berasa terkejut ,dunia sekarang dah macam-macam dah sedara. Dalam kesibukkan aku sendiri pun aku sempat terbaca khabar pasal ni, dan secara langsung aku sendiri tak pasti dengan siapa harus dijadikan persalah utama. Kisah isteri pakai buang ni bukan aku kata semua isteri.. woo mati la aku nanti kena tibai dek perempuan2 ni, tapi aku nak bercerita kisah seorang isteri yang bernama NANA(bukan nama sebenar) yang hidup sebagai seorang GRO dan serik menempuhi ranjau kehidupan yang tak sudah-sudah menimpa beliau!.. dasar lelaki nurjana durjana!.. woo aku pun lelaki jugak, jadi aku rasa hanya untuk dia bukan untuk korang. Selepas sedara semua membaca, tentu ada yang terpinga-pinga menentukan siapa yang patut bersalah.




Nana.... emm ada nama nana kat sini? kalau ada jangan pulak cepat terasa, dah itula nama yang digelar oleh beliau sendiri. jadi bagi suami yang dianggap durjana itu aku gelar dia sebagai datuk N, sebab dia mempunyai pendidikan luar negara dan juga mempunyai status kewangan yang mantap, yela kot. Kisah Nana menimpa nasib malang selepas beliau dijatuhkan talak 3 oleh suaminya di makamah semalam. Korang tau apa alasan dia? ni haa.. : tak mahu menanggung dosa jika terus memperisterikan saya yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO). whattt?? habis tu apasal khawin ngan dia bodoh, kenapa nak menyeksa dia? , setahu aku Nana berkhawin sebab serik menjadi pelayan GRO dan tak nak menangung dosa lagi dan dia juga ingin hidup secara normal sebagai seorang isteri.... isteri kedua oleh datuk N, yaa isteri kedua, isteri pertama tak tau pun pasal ni, aku tak tahu apa kes datuk N buat macam tu kat Nana? adakah datuk N kesian kat dia ke? habis kenapa menyeksa dia! ini apa yang dilaporkan oleh Nana,  jangkaan itu meleset apabila bekas suami berusia 48 tahun gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami, sebaliknya hanya mahu keseronokan di ranjang selain menikmati hasil pendapatan saya sebagai GRO.

Datuk N pulak sengaja  mengizinkan Nana kembali menjadi GRO kerana kononnya tidak mahu menghalang keinginan Nana sedangkan dia menyedari yang Nana ni terdesak melakukan kerja itu kerana tiada sumber pendapatan.

katanya Nana : "Nasib saya tiada beza dengan pelacur kerana bekas suami tidak pernah mengakui saya sebagai isteri kedua selain membiarkan saya berseorangan menguruskan rumah tangga termasuk membayar duit sewa rumah. Lebih mengecewakan, saya umpama ‘hidangan’ waktu tengah hari hampir setiap hari apabila dia sanggup membohongi kakitangan pejabatnya kononnya ingin berjumpa pelanggan sedangkan waktu itu sebenarnya digunakan untuk memuaskan nafsunya,”  katanya yang sudah sembilan tahun menjadi GRO.

Nana berkata, berikutan patah hati dengan perbuatan suaminya, dia kerap mengalami masalah kesihatan sehingga kehilangan berat badan hampir 10 kilogram dalam tempoh sebulan.

Lebih malang, katanya, doktor yang merawatnya menyatakan dia boleh mengalami masalah kesihatan serius kerana kandungan darah dalam badan berkurangan secara mendadak.

Tapi Nana ni tak putus asa sebab dia cakap : “Saya nekad menguatkan semangat termasuk membuat laporan mengenai perbuatan suami di Pejabat Agama Johor Bahru."

“Saya juga ingin menuntut hak sebagai bekas isteri di mahkamah syariah kerana tidak mahu lelaki sepertinya memperdaya gadis lain untuk dijadikan mangsa dengan menggunakan lesen perkahwinan,” 

Jadi sekian kisah Nana itu yang dianggap sebagai isteri pakai buang... Aku sendiri pun tak berani sangat nak bagi jawapan kenapa Nana ambik jalan untuk menjadi GRO? sedangkan itu adalah perbuatan yang terkutut disisi agama, adakah di malaysia tidak ada pekerjaan yang sesuai oleh beliau? emm sama-sama renungkan dan mengambik iktibar..  jangan pilih jalan hitam....




Proudly by diDEN



recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |