sambil-sambil aku menjadi seorang perantau di blog-blog lain, aku melihat pelbagai keenakkan cita-rasa yang diorang miliki, rata-rata semuanya hebat-hebat belaka,kawan-kawan aku yang sudah mempunyai blog pun banyak menghabiskan masa membuat entri diorang, tak sama macam blog aku yang tak seberapa ni... berikutan dengan itu, kita jugak tidak boleh lari dengan silent readerkan?.. bukan kerana dia jahat atau menyusahkan hidup kita.. tetapi ia hanya sekadar mengimbas sepintas lalu dan membaca apa yang patut, of course kalau kita sendiri pun.. kadang-kadang bukan senang-senang nak bagi maklum balas kat blog diorang kan? yela kadang-kadang jugak kita sendiri tak berapa paham apa yang cuba dia sampaikan sehingga kita pusing kepala..
Lalu aku mulai berfikir tentang hal itu.Pernah statistik aku dapat hampir Seratus's orang membaca blog aku dalam tempoh sehari, tetapi yang sedihnya adalah bahawa aku tidak tahu siapa yang kebanyakan daripada sedara?. Kadang-kadang orang yang menaruh link ke blog aku untuk mengikuti kembali membaca diorang juga ramai, dan beberapa orang meninggalkan komentar yang selalu menaruh senyuman lebar di wajah aku. Tapi ketika aku melihat statistik untuk ratusan entri seperti "69.104.173.82" yang merupakan nombor yang ditentukan untuk seseorang yang telah mengunjungi sebanyak 54 kali dalam beberapa bulan terakhir, tak pernah diketahui!!!. aku tak tahu siapa dia dan aku suka untuk mengenalinya, adakah dia tidak mempunyai blog? dia hanya menyampaikan melalui chatbox dan nama yang tidak mempunyai status URL, dan sekarang aku tak tau dia pergi mana? jadi agak sukar untuk aku menjejakinya kerana tidak mempunyai apa-apa link, boleh jadi dia akan muncul secara tiba-tiba , huhu kenapa mahu jadi silent reader?
Orait.. maybe itu silent reader yang terbaik buat masa ini.. tapi aku rasa bukan satu spesis je yang hidup kat sini,... banyak lagi.. macam mana pulak dengan silent reader yang mencari publisiti atau kepentingan diri? diorang ni cuba untuk menghayati dahulu.. then mencari peluang untuk menarik perhatian daripada kita dengan sedikit kata-kata yang dilontarkan, walaupun jawapan yang diberi tu takde kena mengena langsung dengan tajuk utama sedara... sooooo nak jadi silent reader tak de masalah kalau kena dengan masa dan tempatnya, tapi harus diingatkan bahawa jawapan sedara kepada mereka secara jujur dan iklas membuatkan mereka lebih menjurus kepada sedara sendiri... takyah susah-susah dah nak pikir kemana haluan lepas nih sebab mereka mungkin akan mengigati sedara.... kesimpulannya, jadila smart reader, pembaca yang arif lagi disegani ramai.
Assalamualaikum, and Hi!