Wink-wink
Footer toolbars adalah secara umumnya digunakan bagi meningkatkan keupayaan interaktiviti dengan pengguna diluar dan menjadikan blog lebih menarik plus cun.

Sebagai blogger(blogspot atau wordpress) kita sememangnya tentu suka sesuatu yang baru dan lebih kepada sentuhan  kepada diri sendiri mahupun pengguna lain.

Bagi meningkatkan lagi  kemantapan pelawat pada blog kita, terdapat beberapa koleksi yang sememanya menarik untuk dicuba, dan gua telah menjumpai beberapa toolbars yang kini semakin popular diguna pakai untuk pengguna Blogspot atau Wordpress. Berikut merupakan perbandingan secara peribadi yang telah gua cadangkan.





Meebo 
Website | Sign Up




Connecting AIM, MSN, Yahoo, Facebook, MySpace messengers

Meebo pada asalnya adalah satu perkhidmatan di internet yang mengabungkan ruang sembang paling popular seperti yahoo, AIM, hotmail, facebook dan lain-lain dalam satu rankaian, ini bermakna, dengan hanya meletakkan satu klik sahaja sedara sudah berjaya mengaktifkan kesemua ruang sembang secara serentak, mengikut apa yang telah sedara tetapkan. 

Dan sekarang Meebo telah melancarkan Plugin toolbar pada blog, dan sememangnya kita dapat mengunakan kelebihan ini untuk bersembang melalui blog sendiri. Selain itu, meebo juga memasang aplikasi lain seperti facebook fans , youtube dan lain-lain dan apa yang paling menarik adalah, terdapat aplikasi sharing yang sangat menakjubkan, dimana setiap gambar pada setiap posting akan menunjukan kotak sharing apabila kita menghalakan pada setiap gambar itu.

Toolbar Meebo bagi aku sememangya yang paling kemas, licin dan sesuai untuk dipasang didalam blog, dan meningkatkan lagi keupayaan traffic didalam blog. Tetapi memandangkan Meebo tidak menyokong banyak aplikasi dan mungkin melambatkan loading didalam blog membuatkan ianya masih di peringkat pertimbangkan.



Wibiya
Website | Sign Up



Improve the functionality of your website or blog

Popular kerana fungsinya yang pelbagai, terdapat berpuluh aplikasi yang terjana didalam toolbar Wibiya, antaranya Chat room yang dikuasakan oleh tinychat, Aplikasi permainan flash, Facebook community, twitter dashboard dan lain-lain. Terdapat pelbagai aturcara yang boleh digunakan untuk mengubah atau mengedit susunan pada toolbar.

Script yang dibawakan oleh Wibiya sangat mudah digunakan, kerana ianya tersangat ringkas berbanding meebo, mahupun begitu.. Wibiya dikatakan berat sedikit kerana menyokong banyak fungsi.


Gigya
Website | Sign Up



Delivers social optimization with a powerful set of tools and services

Amat jarang didengari, tetapi sudah pun berada di internet untuk sekian lama, miskipun aku tak sempat nak mengetahui lebih mendalam pasal Gigya ni, tapi secara jelas, ianya toolbar yang  memiliki peranan yang sama, rekabentuk gigya amat berbeza dari yang lain, tetapi agak sukar bagi penguna untuk mendapatkan toolbar berkenaan, kerana penguna perlu mengambil masa memahami halaman itu dengan membaca langkah yang perlu dibuat untuk mendapatkannya.


Kesimpulanya
Aku memilih Wibiya kerana
  • Wibiya telahpun berusaha  meningkatkan  kelajuan ke tahap yang lebih optimun didalam blog, berdasarkan pengumuman yang diberikan di dalam halaman mereka.
  • Skript untuk dipasang kedalam blog tersangat sedikit berbanding yang lain, ini menjadikan Wibiya paling  mudah untuk dimasukkan kedalam blog.
  • Aplikasi Wibiya lebih banyak dan pelbagai.
  • Boleh mengalihkan, mengubah mahupun menukar teks pada kedudukan butang , label dan ikon!
  •  Tidak perlu memasang widget lain yang sudah tersedia didalam widget toolbars Wibiya seperti, recent post dan random post.

    Tips 
    Penggunaan Toolbars

    • Memadangkan plugin toolbars mengunakan format javascript dan gabungan elemen seperti Ajax, jadi ianya tentu mengambil sedikit masa untuk menghabiskan setiap detik yang terdapat pada toolbar berdasarkan seberapa banyak item yang telah kita tetapkan. jadi ada baiknya mengurangkan sedikit aplikasi tersebut. Ini juga penting bagi memastikan user experient pada blog sendiri.
    • Letakkan script toolbar diatas. Bermaksud, setiap kali blog kita dijanakan semula(loading) pastikan script toolbars dijanakan terlebih dahulu diikuti dengan script lain. Contoh : letakkan elemen HTML/Javascript Toolbar pada page elemen teratas  
    • Jangan pasang widget ini, jika blog anda terlalu banyak pengunaan script dan widget lain.. maksud saya terlalu banyak :)

    Sekian daripada saya

      recent post tengah buat..

      Assalamualaikum, and Hi!
      I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
      Readmore Here..

      Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

      Phewww~

      like this

      Terjah Top Post Minggu nie

      ...


      Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

      Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

      PageRank

      Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |