Adtaily ni merupakan satu lagi bentuk pengiklanan yang membolehkan pelawat menjadi pekerja.. huh? camna tu.. , biasanya kita akan melihat kebanyakkan website lain akan memaparkan slot kosong kepada pemasang iklan untuk meletakkan iklan dalam blog nya, samada ada iainya dinyakini dengan jumlah populariti mahupun traffic pada blog itu. Dimana, penerbit(publisher) ingin menyakinkan pihak pengiklanan untuk mendapat lebih perhatian.
Turn your visitors into advertisers
Di Adtaily, anda tidak perlu bersusah payah menentukan, menunggu dan memastikan pihak pengiklanan ingin menghubungi anda untuk memasang iklan, kerana ianya akan dilakukan sendiri oleh mereka, dan mereka juga akan dinyakini prestasi website sedara tanpa perlu keluar daripada website sedara tersebut... macam mana? layan video dibawah..
sedara boleh lah cuba, dan banyak lagi la dia boleh buat..dari segi mencadangkan harga mengikut hari, minggu dan bulan berdasarkan pageview blog sedara dan lain-lain.
Selain dari Adtaily apa lagi?
Lebih kurang jugak macam Adtaily, BuySellAds juga macam tu, mempunyai peranan yang sama, cuma dia akan terus membawa sedara ke halaman dia kemudian disusuli dengan kerja pemasangan iklan. Tapi ada benda yang menarik sebenarnya berkenaan BuySellAds, ia juga satu platform yang semakin popular dan sudah ramai blogger yang berjaya guna perkhidmatan ini.
Jadi itu sahaja daripada saya, ini merupakan satu jalan baru kepada penerbit untuk memasukkan iklan dengan cara mudah tanpa memikirkan banyak benda. Sekarang... semuanya senang :P
Assalamualaikum, and Hi!