Tepat pukul 12 petang 8 setengah jam aku kena gerak dengan pantas meluru ke kl sentral, sebab beg dompet aku tercicir kat atas tempat duduk hentian bas tu, nasib baik beg dompet tu jatuh tempat kena bawah lantai dan berlusur terus kena penjuru tiang macam orang main snoker. Itupun nasib baik selang 2 minit aku baru perasan yang peha sebelah kanan aku ni sedikit kempis dari yang biasa, mana taknya bila dah kita selalu letak dompet dalam poket belah peha.. kat belakang pugun aku jarang letak.....
Bukan senang nak ambik balik dompet kita kat depan orang ramai tu, kan ada yang cakap pencurik haa.. terbeliak mata segan silu pikir ayat nak buat macam mana, haiss.. watpa nak takut kalau yang tu kita punya. IC kan ada.. tunjuk jela kat depa kita sapa, kita ada macam-macam kad atm buleh tunjuk siap ada gambar gamba time kecik lagi ni.
Aku pasal kecik-kecik ni teringat balik mak pak aku bercerita, diorang ni.. dulu-dulu masa sekolah selalu jalan kaki je, jauh tu semua takde masalah.. sekarang ni nak pegi tolong mak beli bertih jagung pun susah.. diden aku cakap sama hang ni diorang ni selalu cakap kat aku, nasihat aku belaja rajin-rajin, pandai nanti buleh jadi doktor, lawyer, majistrek, tukang jahit ke.. halangan takde masalah punya.. sampai bila kita nak maju kalau duk asyik pikir yang bukan-bukan..
tuh.. hang tengok dunia sekarang nih.. uiiihhh.. macam-macam, rogol sini, rogol sana, tembak ini tembak itu.. dah takde nak tembak benda lain dah... hisab dadah aku takyah cakaplah hang pun dah tau teruk dia macam mana.. dadah ni kalau hang nak tau sekali hisab dah tak leh patah balik.. hang buatlah macam mana pon, hang jadi khayal macam ada orang control hang pakai remote astro tu..
din hang dengar tak cakap aku ni... hang tido ke?
****
Man... seorang kawan yang banyak bercakap... tak pernah megenal erti berhenti bercakap walau apa jua keadaan..
****
Inilah rugutan yang sentiasa terpahat melekat macam plastik lam hati aku, ada sorang kawan ni, yang digelar sebagai man(nama comersial beliau yang takde kaitan dengan sedara) selalu off topik, topik lari atau tersangkut.. setiap kali bercerita pantang sikit kami bagi dia change cakap lebih, kalau ada salah sorang dari kami yang mulakkan balik dengan sebarang topik dengan sengaja maka habislah dia..
Pernah terjadi dalam sejarah hidup aku, yang sudah pun dimasukkan lam kamus kepala otak aku, bila time tu ada rombongan bercuti di sebuah pulau tioman, man mulakan topik pasal seketul mentega dan beralih kepada susu cair desledi kemudian bercerita pulak pasal awek dia yang dinyakini tidak sahih, kerana takde pun awek sebenarnya.. perbualan dia hampir keseluruhan perjalanan kami yang mengambil masa 4 jam.. bayangkanlah hidupan kami time tu.. nak suruh dia diam dengan cara lembut tak menjadi, nak kena marah takut terasa heee..
Tapi itulah..walau apapun, tanpa dia kadang-kadang keadaan menjadi sunyi.. kalau ada dia, hidup cam tak tenteram pulak, adesss.. yang penting ketahuilah bila masa kita perlu berhenti bercakap dan apa sewajarnya perlu untuk dicakap.
Kepada kawan aku tu.. aku sayang kamo! walaupun dia bercakap banyak tapi dia tak bercakap sangat pasal benda yang sensitif, mengumpat dan macam-macam lagi.. kepada mereka yang banyak bercakap berhati-hatilah.. jangan kerana mulut badan binasa.
Begitu pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid, 20.

SEKIAN xD
Pss : boleh tahan jugak jangka masa aku tak berhepdate nih hee~
Assalamualaikum, and Hi!