Wink-wink
2 minit kemudian...

Masa aku mengadap  komputer tu tadi, tiba-tiba aku terfikir nak hantar mesej kat seseorang.. seseorang yang hampir-hampir membuatkan aku cair seperti cairnya ais batu yang dibiarkan diatas meja, mungkin special bagi aku la.. selama ni pun aku tak pernah bercakap dengan dia apatah lagi menyebut perkataan Hai Awak , atau Apa Khabar atau yang paling Afdal memeberi salam dahulu Assalamualaikum ..  . jadi.. aku pun hantarlah sekeping mesej berukuran 8 kilobyte kat henpon dia, phewww.... tutt tuttt... mesej dia datang balik kat aku.. yes yes syoknya syoknya.. dahla lama tak berbalas mesej.. bila dia balas itu bermakna dia ada.. jadi aku try tanya kat dia apa yang patut.. paling common sekali soklan yang harus ditanya adalah awak watpe tu?

30 minit kemudian...

Lepaih dah mesej-mesej tu.. aku berasa kering tekak, dahaga kan air, lantas pergi ke dapur ambik air.. kemudian masuk ke bilik balik,  kedebamm! aku tendang pintu tu bagi dia tutup rapat-rapat.. biasalah orang kat luar ni agak peka skit apa yang berlaku kat dalam bilik almaklumlah duk sorang-sorang hak3.. Kali ni aku try nak bercakap dengan dia.. bukan senang aku nak cakap dan buat menda-menda macam gini, kadang-kadang berkerut dahi aku berfikir panjang nak bercakap dengan seseorang yang aku tak pernah bercakap pun selama ni tapi saling mengenali antara satu sama lain senjak dibangku sekolah lagi.. Bayangkanlah perasaan malu yang ada pada diri ini terhadapnya begitu mendalam.. dalamnya sama dalam dengan lautan hindi kalau tak silap.. haisss... 5 minit jari manis aku ambik masa untuk mendekati butang call.. tapi tak tekan tekan jugak butang tu.. walaupun dah dapat premission dari dia.. dahi aku semakin panas macam nak demam bila buat benda ni.. Arrrghhhh... jantung pulak buat buat nervous sampai dengar bunyi degupan tu dalam telingga.



Sekali.....

Aku tertekan call .... mengigit rasa bila nak dengar suara dia.. sekali dia angkat buat kali pertamanya...



Aku : Aaa..aassalamualaaaikum..mm mm ( gugup )
Dia : walaikumusalam ( halus je suara dia.. kadang2 tak dengar lansung )
Aku : Emmm.. aaa.. rrmmm.. ( Dah lupa nak cakap apa )
Dia : ---- ( diam je.. )
Aku : emm.. buat apa tu..
Dia : tak buat apa-apa.. awak?
Aku : Sama macam awk..
Dia : Owh...

15minit kemudian..

Masa mula-mula aku bercakap tu.. suara memang slow.. aku pun tak tahu kenapa.. bercakap pun macam duduk kat liabrary... tapi bila dah lama-lama dia jadi ok sikit, aku cuba tidak membuang masa bercakap kosong, at least tau apa nak cakap.. aku try up kan sikit volume suara aku ni.. sebab aku sendiri tak pasti dia dengar ke tak.. at the end aku dah semakin selesa nak bercakap, sebab dah ada topik nak berbual.. kali ni betul-betul berjaya.. hakhirnya aku dapat call dia dan bercerita pasal pelajaran dan isu semasa.. kemudian beralih kepada cerita dia.. kemudian pasal peribadi skit, hoho..  sampai lah bateri henpon aku dah low..

masa tengah bercakap tu.. aku lansung tak plan  nak cakap apa.. sehingga terdapat beberapa potong ayat seperti Ohh nooo dan What iam doing muncul dalam hati, mengelabah pada peringkat permulaan memang ada pada diri.. tapi iainya disusuli dengan peringkat bergaya dan cool sentiasa. 

Masa perbualan 40 minit..
macam tulah aku bila nak bercakap ngan seseorang yang aku mungkin suka.. jangan harapkan plan je.. haprak tak menjadi.. buat jelah ikut suka.. asalkan benda tu ok. yang penting kena berani! simpan perkataan 'balunn jelah' bila nak buat sesuatu secara drastik. sekian tips untuk hari ini. Eh? tips ke ni? haha.
recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |