Perkara ni akan berlaku pada sesiapa sahaja jika..
- Berada pada hari cuti yang agak agak agak panjang...
- Berada dikawasan yang terpencil
- Sentiasa buat benda yang sama
- Saya Bosan!
Kalau kita boleh access internet dirumah kita semestinya mampu mengurangkan bosan ke tahap yang lebih optimum dan lebih optimum lagi kalau kita tahu apa kita nak buat, bagi mereka yang takde internet ni comform akan pergi cari CyberCafe punya, sebab situ jelah tempat kita melepaskan bosan selepas usaha cari internet di tempat lain yang dirasakan percuma seperti di warung makcik saleha yang free wifi.. lagipun benda yang kita buat tu sah sah terlalu banyak!
katakan kalau kita dah ada blog, kita mesti nak update blog bukan? , kalau kita takde blog pula kita mesti main facebook, myspace atau lain-lainkan? tapi kalau takdepun mesti disebabkan kita takde email nak daftar benda tu, hehe.. selain daripada tu kita boleh main game! tapi kalau kita tak tahu nak main game sekalipun.. kita boleh refer balik option nombo 2 iaitu daftar email.. sebab terlalu banyak benda yang kita nak buat tu kena pakai email!! haha
Tapi kalau ada internet sekali pun.. kehidupan boleh jadi tersangat bosan jika kita takde idea.. macam nilah kot hari-hari yang terpaksa ditempuh sebelum kita melakukan kegiatan rutin seperti biasa..
************
tekan gambar ni nak tengok jelas.. |
But seriously aku memang nak tahu sangat apa yang dibuat oleh mereka yang takde internet ni.. dulu aku bukan ada internet sangat pun, nak access pun tak tahu kat mana.. kalau dulu2 aku akan balik kampung.. kalau kat situ macam-macam aku buleh buat.. kerja lembu time tu pun best apa? kena kejar lagi best! tapi dulu la.. sob sob sob..
Assalamualaikum, and Hi!