Ini adalah tutorial asas bagaimana anda boleh memulakan blog baru dengan mengunakan platform terkenal seperti Blogger, aka Blogspot. Ingat Blogspot adalah Blogger.
Blog amat popular sekarang ni untuk kegunaan sendiri, bisness ataupun perkongsian ilmu, ia adalah perantaraan yang paling senang dicapai oleh semua orang di internet.
Last Updated : 1/1/2013
Sambil-sambil bukak lagu bagi semangat sikit, kang mengantuk nanti har har
Okay... Let start!
Langkah pertama adalah kita perlu mengenal pasti apakah Blog yang sesuai untuk kita, maknanya ia perlulah senang untuk kita dan mudah untuk dikemaskinikan pada bila-bila masa, Ingat.. pemilihan Blog juga amat penting bagi meningkatkan tarikan pengunjung datang. Dan, terdapat beberapa Blog engine di internet ini termasuk Blogger, Wordpress, Foopage, tumbr.. blurrew err.. eiiss terbelit lidah, haha, dan lain-lain. Paling femes kita pernah dengar mesti Blogspot kan? kan kan kan
Jadi apakah Blog yang sesuai untuk saya?
Carilah yang paling best dan mudah. Saya sarankan anda guna Blogspot sebagai permulaan, tetapi jika anda adalah seorang bisnessman dan ingin membuat perniagaan melalui kaedah online, saya sarankan pengunaan Wordpress.
Free dan Tak Free
Free atau tidak hanya membezakan keperluan anda, biasanya yang percuma adalah terhad untuk anda lakukan kecuali anda betul-betul pakar dalam pengunaan coding dan begitu arif untuk memanipulatekan sesuatu , yang berbayar biasanya memberikan anda lebih banyak kawalan dari segi post, penggunaan statistik, plugin dan lain-lain
Untuk masa ni, saya hanya tunjukkan jalan asas untuk membuat blog, dan kali ni kita mengunakan Blogspot.
Kenapa Blogspot?
- Boleh memiliki sehingga 100 Blog sendiri secara percuma
- Boleh post artikel tanpa had!
- 1GB storage untuk memuat turun gambar
- Tiada masalah Bandwidth dan had impression
- Ada statistik , jumlah komen, kawalan spam dan dashboard
- FREE!!
Kelemahan
- Tidak boleh muatturun benda lain selain gambar dan video
- Tiada kawalan secara menyeluruh
- Plugin yang amat terhad (untuk accessory, kemudahan pembaca dan lain2)
- Layout yang terhad dan sukar untuk dibuat (kecuali melalui service luar)
- Nama blog yang agak panjang , seperti. marimarimakan.blogspot.com (kecuali membeli domain sendiri)
- Perlu menguasai coding untuk menghasilkan sesuatu yang sangat menarik seperti website professional.
Arrrrrghhh... Jom Buat Blog!
1.) Berikut merupakan tutorial untuk layout Blogger yang baru - 2012 memandankan blogger sudah menukar layoutnya, dan tiada lagi layout yang macam dulu.
Ingat jika nak buat blogspot jangan pergi ke Blogspot.com, ramai juga yang masih baru dalam dunia blog pergi ke situ, sebenarnya Blogspot adalah Blogger jadi, Pergi ke >
2.)
Siap suda.. )
Tidak kira siapapun anda, journalist, pelajar, pereka design, tukang kayu, tukang kimpal, doktor, animator atau sesiapa pun, anda bebas mengunakan blog untuk berkongsi, untuk membawa idea baru, untuk dikenali, untuk menjual dan lain-lain, kerana pengunaan blog bukan sekadar untuk diri sendiri semata ia adalah kebebesan anda. Kebebesan disini bukan bermaksud anda boleh membuat sesuka hati jika tidak kena pada tempatnya anda mungkin berdepan dengan masalah. Jadi berhati-hatilah, gunakan kesempatan ini dengan bijak.
Senang je kan? Nanti dah siap boleh lah kongsikan blog link anda dibawah, *jangan spam pula he he he
Cubalah explorer nanti, mula-mula memang susah nanti lama-lama dah biasa.
Jangan lupa kongsikan blog anda
Link Blog :
Kenapa Minat blog? :
Jangan lupa like page ni untuk menarik lebih ramai datang dan mengenali blog kamu dan yang lain ya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi pengusaha perniagaan atau lain-lain agensi yang berminat mengunakan khimat pembangun blog kreatif berbayar sila ke http://kreatif.seniaku.com
Assalamualaikum, and Hi!