
Sebaik sampai di bengkel moto, gua seolah2 seperti orang musafir yang berjalan jauh mencari telaga zam-zam... hakhirnya minyak itam yang ada kat situ, OK! bang, nih muto saye rusak nih tayar belakang bocor... guane nih... aku bab-bab speaking bahase terenganu nih kuang sikit jika nak dibandingkan ngan bahasa kelantan aku hua hua hua... gua ingat sekejap je baiki tayar belakang nih, perh seyess lama, dari pukul 11.00 rapat pukul 12.30 sampaila tepat pukul 1.00 diikuti pula masa tambahan pada minit ke sembilan belas menjadikan purata gua menunggu moto siap dalam pukul 2.00.... dalam masa gua ada kat bengkel moto tu, sibuk la tanya kat bro tu, macam2 luahan hati gua lontarkan, termasuklah kekerapan tayar gua bojor yang sering terjadi mengikut peredaran masa, sebaik bro tu terharu mendengar rintihan gua sambil mengesat hingus yang habis2 payah nak kering hakhirnya beliau telah menasihati gua... katanya ,
bro : bang lu tukala tiub less kalo asyik bojor jew...
aku : apakah menatang tiub less itu??
bro : tiub less adalah tayar tanpa tiub..
aku : oooo.... teruskan
bro : itu je la...
aku : ?? tak paham
bro : macam nie, awk tukar tayar pastu saya buat tiub less
aku : ermmmm.... wait a minit, okey! saya setuju!
bukan main happy gua pada masa tu, harapan gua akan semua masalah permotoran pasni takkan wujud dah..setelah semua siap, total yang dikenakan oleh beliau adalah 85 ringgit, termasuk kos menukar tayar baru dan juga tenaga kerja... dalam dompet gua hanya ada 40 ringgit....WTH!?
gua pun pikir, nak balik or bayar moto nih, kalau bayar ,gua xleh raya kat kampung kalau tak bayar pulak gua takleh balik kampus dan lain-lain ... jadi motor atau balik?........ selepas gua nekad bodek abang tuh nak p ambik duit kat bank hakhirnya gua berjaya, nasib baik duit dalam bank ada sikit, terpaksala bayar .... ok citer dah habis.
Nasihat berguna kepada penungang motosikal cap ayam macam gua, yang sering menghadapi masalah tayar bojor, bila berlaku lagi hampir 7 kali, anda dinasihatkan buat tiub less... walaupun agak mahal sebab tukar sekali ngan tayar tapi katanya abang tu puas hati... aku tak taula , aku tau anguk je..
Persoalan.... Moto atau balik? lalalala.....

Assalamualaikum, and Hi!