Wink-wink
Siapa kat sini tak pernah sibuk dalam hidup dia, biarla walaupun sehari,2hari dan hari-hari  pun sibuk,,ingatla perkataan sibuk amat berbeza dengan perkataan menyibuk, begitu jugak dengan gua.Gua tengah emo sehari, dan tiada kena mengena dengan cerita ratu sehari kat tv3 pukul 10.00 tu... kalo takde bukak astro, tekan channel 551, gua suka tengok channel tu.. .... haa sudah! habis lari topik  . gua nak cerita pasal kegawatan,kebingungan,kesibukkan dan juga kekejangan... yang berlaku keatas seorang hamba seperti gua yang sering diuji walau apa jua keadaan pun.., ok.... kool semua, tarik nafaz.... hembus..... taaaarik...... hembus.... taarrrik..... stop kat situ.....  gua semalam entah macam mana sibuk ya amat, kalau setakat sibuk gua tak kisah, ini diuji pula dengan masalah yang bermacam-macam.. begitu banyak sekali ayat-ayat baru yang baru masuk dalam kepala hotak gua hari nie.. bangun pagii selepas sembahyang subuh, panjatkan doa kepada kedua ibu-bapa dan pensyarah dan juga doa untuk diri sendiri agar dipermudahkan perjalanan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat... amin, tidak lupa juga doa mendapatkan si dia yang tercinta, walaupun tak tahu siapa dia. (T.T)

Inila akibat kalu buat kerja semua last minit. kalau tak last minit pun masih ada masalah  kalau diri sendiri tak teratur.. dan gua terpaksa buat kerja-kerja ni semua dalam masa satu hari yang dasyat...gua persiapkan apa yang perlu disiapkan untuk menghantar borang dan slip periksa termasuk dengan beberapa salinan yang gua dah lupa.. pertama sekali gua kenala minum air banyak-banyak. pastikan air mineral jarang sekali sarapan ketika waktu pagi camni ,dan tak pernah pun sarapan, kalau berdegil makan jugak nescaya terbantutla semua saraf apendit kat dalam perut gua...  pukul  ... [...]


8.00 pagi dah kena pergi ke pejabat pengurusan HEPA ambik salinan itu dan ini dan juga cob pengesahan, semasa gua dapatkan penjelasan daripada pihak atasan HEPA, gua lansung tak paham dia cakap apa.. sekejap dia suruh gua pergi situ sekejap disuruh gua pergi sini... mana satu entah!, last2 gua main cop cop dengan dia, terasa seperti nak cob je kat dahi dia... tapi ingat sabar tu penting dalam apa jua keadaan, gua terusla straight to the point cakap yang gua ni nak hantar borang itu ini kemana yeee encik... ok stle pun kan senang, bergegasla gua pergi ke ATM pulak cucuk duit, beratur panjang sekejap.. tak sangka ramai betul aweks kat situ, ada pulak ustazah yang benar-benar membuatkan gua tersenyum kambing pepagi nih, dalam masa tengah beratur lama tu, punyala gua rasa geram kat aweks yang depan sekali.. tak taula apasal lambat sangat, cucuk duit ke,simpan duit ke, masuk duit ke, or buat duit? dia berteman ngan member dia, adalah dekat setengah jam main mesin atm tuh, rasa macam nak tegur apala masalah dia... entahla rasa segan plak masa tu, habis selesai ambik duit seratus henget, pergi pejabat pos pulak, sekarang dah pukul  

10.00 pagi, beli wang pos 60 ringgit, pastu terus ke bandar.. perjalanan ke bandar mengambil masa 30 minit 32 saat, sebaik sampai di sebuah bangunan JPM(jambatan pelajaran KT malaysia), gua dengan serabainya rambut lepas bukak helmet dari atas kepala terus berlari cari kaunter, maklumla first time sampai situ, mula tanya orang yang tak kenal itu dan ini... sekarang dah pukul

12.00 pm, bila jumpa kaunter pertanyaan, gua selesaikan borang permohonan gua, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.. selesai semua tu, gua rasa lega... kepala agak serabut gila layan kerenah orang ramai yang buat-buat tak tahu tanya gua macam-macam. lepas habis sebahyang zuhur, gua kena beredar daripada situ sebab tak tahan... cuaca agak panas, pungun gua pun panas akibat geseran dari tempat duduk moto gua yang murah cap ayam... lepas balik je semula ke kampus, balik bilik pukul  

3.30 pm, ambik salinan dan borang lain untuk mendapatkan pengesahan daripada ketua jambatan gua di dalam fakulti pulak..prennnnn naek moto... memang dah penat sangat dah ni, tak sempat nak tido, nak baring dan main game fifa 2010 pun tak sempat... lepas dapatkan cob pengesahan itu, gua balik semula bilik pada pukul

5.00 pm... sebaik sampai je... baru teringat broadband gua ada masalah! simkad rosak.. adoii... esok cuti, celcom center kat terengganu tutup, nak tak nak terpaksa pergi balik ke bandar selesaikan masalah broadband nih, kalau tidak blog gua takleh update.. takleh buat assigment. settle broadband, kena charge 5 ringgit.. minyak moto total dah 15 ringgit... balance yang ada 20 ringgit, gua lapar la... nak kena makan,  pukul
7.00 pm kedai banyak dah tutup... perut asyik berbunyi je... pagi tadi tak makan minum air je... hu.. letih dah ni, lepas balik je dari bandar, gua lega dah sampai ke kampus balik, ingatkan masalah semua dah setle.. nop... gua ada masalah besar very very big jumple problem.... tayar motor  gua pulak buat hal! dia bocor.. tapi nasib baik dah sampai asrama baru dia nak start bocor, kalau dia bocor kat bandar lagi mampos.. gua heretla moto walaupun tengah penat nih... sampai tepat kat bilik asrama pada pukul  

11.00 pm gua masa tu sangat lapar... jalan kaki sekejap cari kedai makan, order semua wastern food yang ada, tapi bila tengok duit tinggal 15 ringgit , order jela nasi goreng kampung dan air teh laici ... pukul

12.00 am gua telepon pomem yang betul kan tayar  bojor kot kot boleh tolong pagi esok... jadi gua start tido pukul

3.00 am akibat terlalu banyak aktiviti pada tengahhari tadi tido nyeyak pukul 4.00 kot...... habis....

masa gua baring kat katil tu, gua cakap gua tengah emo... gua tak tahu apa benda tu, tapi macam pernah dengar...


pss: malam tadi gua sempat terjah fesbuk, bual2 ngan member2 tanya khabar itu ini, agar gua dapat kurangkan tension... kepada yang sudi melayan gua semalam, gua ucapkan bebanyak terima kasih


recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |