Wink-wink

Sedang aku perhatikan betul-betul seekor nyamuk yang melintas, pelipekkk!.. aku tampar dengan kuat.. asal bukak tangan je lesap.. merah terus tapak jari ni yang disebabkan hentaman impak maksima tu tadi.. lepas tu nyamuk tu datang balik dengan selamba.. selambe je landing atas jari ibu kaki ni.. haiss..nak rasa pelempang lagi ni nyamuk nih,  sambil dia gosok-gosok kaki dia tu, lepas tu mulalah usap-usap jarum dia sebelum menusuk ke permukaan kulit aku yang tak seberapa nak gebu ni, memang tamatlah riwayat kau wahai nyamuk.. Pelipeeeekkk!!!! Hah... tak kena lagi.. keadaan pun dah semakin gelap, badan nyamuk pun semakin tak nampak, aku bangun bergegas ke almari yang serba guna, pergi ambik ubat nyamuk risek.. then.. sembur satu bilik bagi berasap, berkabus macam duk kat UK, haha... haa.. rasakan! nak sangat darah aku.. amacam sedap tak?

Pada masa tu aku merasakan nyamuk tu betul-betul paham apa yang aku cakapkan tu, aku bukan apa.. nyamuk ni pembawa virus, spyware, trojan dan macam-macam kedalam tubuh aku ni... nyamuk ohh nyamuk, serangga kecik yang hanya dilengkapi jarum tajam dan mampu menembusi apa-apa jenis kulit sesuka hati.. hisss berbelit lidah aku.

Sebelum aku tahu lebih pasal kehidupan seekor nyamuk, aku hanya tahu yang nyamuk akan datang pada waktu magrib dan subuh.. paling ketara adalah waktu matahari nak terbenam.. waktu tu kita memang disarankan untuk tutup semua tingkap yang ada.. jika tiada tingkap.. maka tutuplah dengan kertas, kain atau benda yang boleh ditutup dengan rapi.. sebenarnya nyamuk betina sahaja yang akan mengigit, Fuhyoooo...  manakala yang jantan tak gigit, dia kerja siang malam kat tesco kut.. erk.. maksud aku berada di sekitar semak samun, bunga-bunga macam tulah.. jadi iainya telah menimbulkan keraguan aku.. lantas aku ke semak samun di kampung untuk buat uji selidik secara persendirian dan berjumpa dengan nyamuk jantan( kot-kot ada ) mungkin nyamuk jantan tak mengigit seperti mana yang aku tahu.. emm.. sejam kemudian, aku berlari bagai nak gila selepas digigit oleh puluhan nyamuk disitu.. ditambah pula dengan semut api yang juga mengambil kesempatan yang sama... betapa kurang IQ nya aku pada masa tu, nasib baik baru budak sekolah lagi takdelah rasa malu sangat hehe..

Jadi cerita pasal nyamuk memang takan habis, dari kejadianya yang dicipta telah membuktikan bahawa mahluk yang sekecil taik idung angsa ni memang merbahaya, dan mendatangkan maut kepada manusia huhu.. jadi aku menyarankan kepada sedara semua.. agar menutup tingkap ketika waktu magrib, bagi yang berada di asrama pula, aku yakin kes pasal nyamuk ni da belambak sangat bagai mencincang air takan putus.. jadi sila la beli kelabu.. alaa yang macam orang duk dalam kain transparent tu.. owh... beli ubat nyamuk, segala macam jenis ubat nyamuk dah ada sekarang ni kat kedai, yang guna gas, yang guna cecair, yang guna kertas pun ada.. kalau tak mampu.. guna tangan pun boleh, belajar lah ilmu mempertahangkan diri dari nyamuk kalau ada.


Ok, layan jap video ni, dan lihat sendiri macam mana seekor nyamuk membawa virus dalam badan kita.. and for sure, video ni juga mengigilkan.. ilutrasi yang diberikan menyebabkan mata dan mulut ku mengaga seluas yang mungkin.



its scary uh..
recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |