Wink-wink

Semalam gua terpaksa menempuhi ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba sambil meraba-raba pehe sendiri, tak tau la kenapa semalam bukan hari gembira seperti hari sebelumnya. Cerita semalam punya pasal dan kebosanan di dalam kelas dengan seorang pensyarah yang garang bak kata harimau tercekik tulang,gua semalam tido lewat sebab game punya pasal, duduk kat kerusi adalah dekat 4 jam berturut-turut tanpa henti, niat dihati mahu habiskan perlawanan bola sepak terajang sekali je, pastu tak mau dah..i promise tak mau dah main lepas tu,  main punya main adalah dekat 14 game gua dah habiskan perlawanan tu, tengok jam dah pukul 3 pagi.. adehh... mata aku pun dah mula jatuh dah dan masa untuk tido.... , keesokkan harinya gua dikejutkan oleh member gua diluar tingkap sambil berkata,

woii! diden bangunla, kelas pukul 8.00 kelas test ujian periksa dan sebagainya!

gua punyala terkejut, air liur basi tak tumpah lagi ni... lalu ambik semua peralatan yang ada kat atas meja tu termasukkan kotak ubat gigi kolget ke dalam beg, sumbat itu sumbat ini, gua tak kira dah apa yang ada kat atas meja yang bersepah tu.. i dont care! dan baru gua perasan kat dalam beg tu.. aik? kotak ubat gigi pun ada??  sungguh hairan, aku buang kotak tu, aku cepat-cepat beredar dari bilik dan menuju  ke kelas.. (*cerita ini dipendekkan,dan berlaku selepas mandi ...)

sebaik gua sampai plus masuk  dalam kelas, tak sangka sudah ramai yang menunggu ketibaan gua disitu, seorang2 sengih kat gua ngan muka monyet baru keluar dari zoo.. termasukla pensyarah kat kelas tu, mata dia tajam tengok gua..betulll tak tipu, seyess tajam... setiap pergerakkan yang gua buat lansung dia tak nak berkelip walaupun disuruh berkelip sekalipun.. gua cubala senyum kat dia, tapi dia buat deeekkk je... lalu... dia bercakap, *irama seram....

ni apasal lewat nih....


gua terpaksala diam, sebab korang pun tau kan apa gua buat malam tadi... pensyarah tu buat ulang suara kot2 gua tak berapa dengar.. agaknya taik telingga da penuh tak sempat nak buang ahaaak...

ni apasal lewat nih!!

Dalam hati aku : oh... craps... gua berdoa banyak2 agar mendapat perlindungan dan dimurahkan rezeki, then gua mulakan langkah pertama bercakap, emmm saya tido lewat semalam cik...


member2 gua kat belakang tu pulak bagitau yang gua tengah study lewat malam tadi, jadi nak buat macam  mana , gua senyum jela kat diorang, mungkin diorang nak backup aku kot.. Bila upacara duduk kat kerusi berjaya dilakukan, gua rasa lega.. dan dia mula perkenalkan diri dan sebagainya..sebenarnya pensyarah tu gua tak bape kenal sangat pun, sebab beliau masih baru.. dan baru beberapa minggu mula mengajar, semasa gua terlepas daripada hukuman mandatori tu, gua rilex je buat macam biasa.. maklumla aweks kat dalam kelas tu lagi ramai dari monyet kat belakang tu.. dan kerap jugakla buat2 tanya kawan itu ini, haha..


sehinggala beliau start memulakan kuliahnya....................... jeng jeng jeng....musik plizzzz!!


mula2 dia explain dengan penuh perasaan dan membuat peraturan baru dalam kelas, sapa datang lewat ke kelas kena kungci pintu , no excuse bebeh...no compromise.. dan dia bagitau peraturan ke dalam kelas dia, dan juga mengistiharkan peraturan baru dalam kelas termasuk semua pelajar kena diam sewaktu beliau mengajar... camne gua nak tanya soklan best nanti? dan banyak lagi... bila gua dengar je penjelasan dari dia.. gua rasa takut beb.. memang garang, tapi garang2 dia pun still boleh main mata ngan gua laagi, acey cey cey.... ok, time dia mengajar pulak... ini kelas metropologi sains bla bla bla..plus bla bla bla... dan bla ko dari sini kalo taknak dengar aku mengajar!!, memang laju macam go flash.. tak sangka betul gua, gua terganga la sekejap apa yang dia ajar tu, pastu gua paling kepala perlahan2 tengok orang kat belakang.. ahhaha semua nganga, mata terbeliak.. yang seorang lagi tu aku rasa dah mati di medan pentempuran .. dengan kepala nya di atas meja dan air basi macam besi yang keluar dari mulutnya itu... punyala bosan aku kat dalam kelas tu, aku dah tak tahan dah, rasa macam nak tercabut kepala aku nie. tolongla... tolongla... bila gua boleh balik dengan aman ni, sebenarnya, bukan gua tak suka pensyarah ni, tapi gua bosan sangat bila dia mengajar.. masuk kelas bukak buku tebal dia tu dan baca satu persatu mula dari angka sifar hinggala ke huruf z... gua anggut jela apa yang dia ajar dalam bab 4 tu... slide setiap bab ada 45 muka surat.. dia berjaya habiskan semua surat-surat tu, gua mengantuk dah nih, dah tak tahan! help me.. somebody please help me!!.... last-last baru terdengar yang pensyarah tu mahu habiskan kelas awal sikit... gua pun apa lagi, UWEEEEEIIIII..... bestnyer, tak sabar ku mahu pulang don! but... penyarah tu tak berhenti disini. penyarah tu senyum paling manja giler setakat nih dan bagitau.....

ok, lepas ni saya nak buat ujian/test kat korang semua yee... tutup buku,tutup monitor dan jangan tutup lampu..

Gua........... mengolopong sambil tak terkata-kata, apa yang dia cakap dari angka sifar hinggala ke huruf z akan ada dalam test yang mengejut tu... OH...... nak buat macam mana, toyol digital takde hari ni, jadi lepas dia bagi satu soklan tu.. gua terpaksa redha.. buat jela.. sob.sob.sob... hingus keluar tak berhenti. buat-buat.... siap! masa tengah gua hantar tu kalutla semua orang kat situ tengok member ni tengok member tu jawapan dia, yang seorang lagi ni nak tengok gua punya.. gua bagila, kata orang sharing is sexy.. lepas hantar, pensyarah tu bagitau lagi... ada soklan?... time tu, sapa yang berani jawab soklan daripada penyarah tu ketika perut tengah mengelakkan mahukan makanan naas la dia, silap2 dia la orang yang kitorang jadikan lauk pauk tradisional. 1malaysia Ok, semua takde soalan nampaknya... kelas bersurai, time tu la gua segar ibarat baru bangun selepas tidor 2 hari, dan mencapai ketenteraman yang diiginkan selama nih

habis... kesimpulannya kelas tu bosan, tu jee...

ps: gua tak tahu la samada korang pernah tak jumpa penyarah yang mengajar terlalu bosan, sampai tak tahu nak buat apa... tapi, sukaila beliau. ^^)v yee

recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |