Wink-wink

Ditulis Oleh : Megat Eusofe


Hasil Seni yang baik , biasanya diangkat menjadi sebuah karya yang agung. Kerana kehalusannya atau mesej yang ingin disampaikan , sesebuah lukisan itu pasti membuat mata yang melihat terpesona .Tetapi sejarah juga mencatatkan , ada karya-karya seni yang menimbulkan isu kontroversi .

Karya-karya ini biasanya menyentuh tentang isu-isu yang sensitif , sehingga mengundang kritikan dan cemuhan masyarakat. Yo ! Jom kita lihat diantara hasil-hasil seni yang menjadi bahan bualan sepanjang zaman.





Raft Of The Medusa
Theodore Gericault 1818-1819
Media : Cat Minyak Di Atas Canvas
Saiz : 491 x 717 Cm
Di hasilkan oleh seorang pelukis Perancis , Theodore Gericault. Lukisan ini menjadi ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Dilukis berdasarkan kejadian sebenar . Iaitu pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang hanyut di tengah laut , selepas kapal itu tengelam di kawasan perairan Mauritania. Dengan hanya 15 orang dari 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan . Ianya menjadi satu tragedi negara . Lukisan ini menjadi satu isu apabila , siasatan yang dijalankan mendapati Medusa tengelam ialah kerana di jurumudi oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman . Peristiwa ini menjadi satu suara politik , membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu , sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan . Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan . Sehingga Gericault mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu yang sebenar . Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan ini ke kota London pada tahun 1820. Ianya dijulang kepada satu hasil seni agung yang mengambarkan erti perjuangan yang sebenar .



Madame Pierre Gautreau / Madame X
John Singer Sargent
Media : Cat Minyak Di Atas Canvas
Saiz : 234.95 x 109.86 cm

Lukisan yang juga dikenali dengan tajuk Madame X ini , mencetuskan kontroversi apabila dipamerkan pada umum pada tahun 1884. Kerana Sargent melukis potret seorang wanita yang berpengaruh ketika itu , iaitu Virginie Amelie Avengno dengan gaya sensual dan menghairahkan . Dengan latar keluarga dan nama yang ternama dikalangan masyarakat kelas atasan , Virgine membenarkan Sargent melukis potret diri nya dengan keadaan memalukan . Sehingga bantahan datang dari keluarga Virginie , iaitu emaknya , Mengecam akan memusnahkan lukisan itu jika ianya masih dipamerkan kepada umum. Kenapa lukisan ini menerima kritikan ?? Ok , jika dilihat secara kasar seolah tiada apa-apa yang meragukan kerana apa yang dilihat hari ini telah di lukis semula oleh Sargent . Tetapi pada salinan asal , tali baju di bahagian kanan lukisan, dilukis jatuh sehingga ke bahu. Warna kulit terlalu putih dan berbeza dengan bahagian telinga yang kemerah-merahan . Ini mengambarkan Virginie dalam keadaan ghairah ! Begitu juga dengan keadaan posisi dan cara berdiri yang menunjukan Viirginie bagaikan seorang perempuan murahan . Tidak berakhir dengan kontroversi ini , semerta-merta reputasi Virginie ranap di kaca mata masyarakat Perancis. Sargent juga terpaksa melukis semula lukisan ini dan menukarkan tajuknya kepada Madame X , supaya kontroversi itu tidak terus membayangi Virginie.

The Luncheon On The Grass
Edouard Manet
Media : Cat Minyak Di Atas Canvas
Saiz : 208 x 265.5 Cm

Buat pertama kalinya imej wanita berbogel di kawasan awam di jadikan satu tema lukisan. Ini menjadi isu kerana Manet bukan melukis lukisan yang bertemakan agama , kebudayaan atau kecantikan . The Luncheon on the grass merakamkan satu tema santai , tetapi menjengkelkan apabila ada imej wanita yang kelihatan tidak berpakaian . Martabat seorang wanita kelihatan amat rendah. Sehingga ada yang berpendapat Manet adalah seorang penyokong industri pelacuran . Ini kerana taman yang dilukis menjadi latar lukisan ini dikaitkan dengan , Bois De Boulogne . Sebuah kawasan pelacuran di pinggir Kota Paris .

Red Headed Devils at Night Have No Mercy
Jerry De La Cruz

Pada tahun 1986 , Sebuah lukisan hasil kerja tangan Jerry De la Cruz ditempatkan di luar Bilik makhamah Bandar Denver . Tetapi lukisan ini menjadi ketakutan kepada para pelawat yang melawat bangunan berkenaan kerana imejnya terlalu mengganggu emosi mereka yang melihat. Apatah lagi lukisan ini diletakkan di luar bilik mahkamah untuk proses perceraian. Imej tangan lelaki yang kelihatan seperti ingin menumbuk perut wanita yang menjadi focus kepada lukisan ini seolah membayangkan kepada satu bentuk keganasan terhadap wanita.

Guernica
Pablo Picasso
Media : Cat Minyak Di atas Canvas
Saiz : 349 x 776 Cm

Guernica adalah satu memori kepada mangsa-mangsa yang terbunuh semasa perang saudara di Sepanyol. Di lukis oleh Picasso dengan 1001 makna dan simbol-simbol yang dramatik . Lukisan ini menjadi kritikan apabila ada yang berpendapat lukisan ini tiada beza dengan cakaran pensil oleh seorang budak kecil . Tetapi tahukah anda, di sebalik cemuhan masyarakat yang melihat Guernica sebagai satu kegilaan picasso . Lukisan ini memang penuh mesej. Di bahagian kiri , kelihatan imej wanita tua yang meraung ke langit menangisi kematian anaknya. Sementara di bahagian atas , kelihatan seekor kuda yang ketakutan dengan bentuk hidung dan giginya dari bentuk tengkorak manusia. Itu hanya sebahagian dari maksud imej-imej yang tergambar pada Guernica . Picasso benar-benar merakamkan kesengsaraan akibat perang. Tetapi masyarakat melihat mudah , ini cuma satu lukisan yang tiada keindahan .


Petikan ini diambik dari Yoyooh.com


recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |