Wink-wink

Jumaat 6.56 PM
Bermulalah cerita mula-mula sekali aku dan Mat ali nak pegi beli nasi di bazar yang dirasakan mungkin sedikit terlewat. Dimulakan dengan dialog..

den, ko tak pegi beli makanan lagi ke? dah pukul berapa dah ni.. jom rr.. aku tunggu ko kat bawah tempat aku parking super bite aku..

ok2.. ko turun dulu, sakgi aku datang, sikit lagi ni nak habiskan fifa aku ni, final ni beb..

Vrooomm.. Vroommm... ok dah?

Ok dah, jom jalan dah lewat dah ni...

Sila klik pada gambar untuk besarkan ke peringkat HD






Abang! nasi kerabu ni.. sedap bangat, beli sih.. kot berdiri disitu aja

sambil berbisik.. "la.. indon upanya..." jadi mesti masakkan diorang ni best, lagi pun dah lewat ni, lagi 2 minit dah nak masuk pukul 7.13 minit.. mat ali, kat sebelah aku dengan serta merta.. Kak! bagi 2 nasi kerabu tu.. sambal kawl-kawl sikit.. haa.. letak tu, letak ni.. haaa.. yang tu yang tu.. kasi lebih sikit, apa benda nyer tu kak? "Sambal pedas la abang hehe" OOO... kasi tambah tau..


Aku still tak sedap hati tengok nasi kerabu tu.. kenapa masih banyak lagi time-time cam gini? tak laku ke? haah.. pedulikan yang penting dah lewat nak berbuka. aku dan mat ali selesai beli nasi kerabu, ayam sikit dan lain-lain makanan sebagai penambah perasa.

Setibanya kami di bilik, azan terus bergumandang menunjukkan masuknya waktu mahgrib bagi seluruh wilayah persekutuan.. mat, kurma mat, kurma! jap2.. plastik tak bukak lagi ni..mat.. kat sebelah ko tula, ooo... sebaik aku bukak nasi kerabu tu dan mula nak memegan nasi tu dengan tangan, betapa aku rasa sejuknya macam makan kat cameron hightland. Makan la kitorang kat situ dengan penuh gembira.. habis makan semua, tunggu masa nak pi solat terawih..

THE NEXT DAY...
The broken of Perut cirit

Maklumlah hari sabtu, kitorang tido memang tak ingat..sampai sahur pun hampir terlajak, nasib baik sempat kejar.. sempat jugak pekena roti garnia cicah ngan kicap manis.. start pukul 7, aku macam biasa dengan rambut berserabai jalan lompat2 masuk bilik air, selesai mandi habis semua terus masuk bilik salin pakaian, time tu la.. aku rasa mual2 sikit cam orang nk pregnant. Haiisss... badan rasa berat je..

masuk pukul 8.. kepala aku start da goyang-goyang... pening-pening.. memicit2 dahi ... masuk pukul 9.00pagi... Pening bercampur sakit perut..  haaarrrgghh... apasal ni, aku kemudian berluntut kat atas lantai sambil memegan perut dengan erat, aku tak tahu pula mana datang penyakit ni, tapi kesakitan makin lama makin dirasai, makin mencucuk, makin terasa sakitnya... aku cuba bertahan.. tapi makin aku bertahan makin sakit... aku dapat rasa seolah-olah ada benda dalam perut ni yang bergerak, usus aku yang bergerak kot.. punyalah lama aku berluntut kat atas lantai tu.. sampai kawan aku tanya,

"Din... ko wat adengan apa ni? "
"Lip............ ...aaar..............aaaaarrrrhhh......................saaaakkkiiittttnyyeeee... aaaarrr..."
"Apasal din?"
"my stomach.. is...... iss.... going crazy....."
"What?? are you sirius haha"
"Dammit im sirius..........arrrrr....aa......"

Aku cuba cool.... tenang, sambil alip angkatkan aku, sokong bahu aku sampai ke bilik, sebaik aku baring nak berehat, tenangkan kesakitan ni.. tiba-tiba... kesakitan tu up lagi ke level seterusnya.. Makin Sakit... maka aku pun berdoa meminta pertolongan agar diringankan segala ujian yang menimpa, aku tak boleh baring, kalau baring jugak kesakitan seolah-olah bagai ditumbuk oleh mike tyson tepat di bahagian perut ku... bergulingla aku..

THE FAILURE... 
Pukul 10.30... aku sedar mungkin aku keracunan makanan yang aku beli kat pasar semalam... aaarrrghhh.. aku dah agak dah mesti ada something wrong punyer, berkali-kali aku masuk keluar tandas... sebaik aku mengalah.. dan mungkin kesihatan aku tergangu, maka kawan2 aku, kawan2 ustaz suruh aku makan ubat... aku ambik keputusan untuk meningalkan puasa sehari dengan  menelan ubat pil chi ki ti on, (sejenis ubat herba tradisional penahan kesakitan dari turun temurun) dan Ubat sakit perut... pastu.. aku muntah... 4 kali berturut-turut.... iyeekkkk.... tapi itulah jalan terbaik.. segala makanan yang dimakan tempoh hari keluar macam tu je... panas tekak aku nak keluarkan satu-satu.. jantung yang bertugas untuk mengepam darah semakin bekerja keras untuk keluarkan semua makanan yang tercemar.. organ-organ lain seperti ginjal dan hempedu juga bekerja sama =.=)




SECOND DAY
Kesihatan belum lagi ditahap yang memuaskan, tapi aku tetap mahu berpuasa.. tak kira... tak kira... sahur pun minum air suam je...

Third day and so on...
Alhamdulillah... kesihatan semakin pulih... 3 hari merana, dan sehari tahap kritikal... selepas membuat beberapa siasatan aku mendapati nasi kerabu tu sejuk mungkin disebabkan sudah terlalu lama.. kemudian sambal dia pun macam tu jugak.. selepas sehari kesakitan aku tu berlalu... Mat Ali pulak yang merana..... kalau nak cerita balik.. lebih kurang jugak macam cerita aku ni. huhu


Macam mana nak mengenal pasti makanan tu terdedah atau tidak?


Kita boleh perhatikan makanan tu macam mana, tapi kalau tak dapat agak atau musykil lebih baik hindarkan, elakkan beli makanan yang berlauk, kalau ada lalat kat situ.. better just keep away, lalat dijadikan untuk mengenal pasti sasaran makanan yang sudah lama.. atau banyak terdedah.

Tengok pulak si penjual tu macam mana, berdasarkan pengalaman yang ada, penjual pun memainkan peranan, baik dari segi air muka mahupun kebersihan diri, orang yang bersih akan memastikan makanan yang dijual juga bersih dan menutup segala makanan yang ada daripada di terjahi oleh mahluk lalat.


Kalau sudah keracunan.. apa nak buat?


Pertama sekali pegilah jumpa doktor dapatkan tips2, nak pilihan doktor tu sendiri, apa yang patut dibuat dan  Makanlah ubat sakit perut.. tapi kalau takde, carilah air kelapa... air kelapa mampu menghilangkan toksik dalam badan. *Mak aku cakap gitu...

Lain-lain cara aku tak pasti lagi.. ada apa-apa cadangan? hehe


Wait! we must report it lol


Yee... kalau dah sampai macam ni, buatlah report.. agaknya da berapa orang tak puasa time tu... itupun kalau mereka mampu bertahan huhu. Sakit wooooo!

Ok itu sahaja, cerita pasal keracunan makanan... sila lebih berhati-hati pasni.
Salam Ramadhan.
recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |