Wink-wink

Pagi semalam gua terbukak emel, dalam inbox tu adalah dekat 500 keping buah surat dan 300 keping sampul surat, kat dalam tu ada benda yang menarik sebenarnya.. hehe, salah satunya adalah.. bila budak sains bercinta? , emm... dihantar oleh kenalan gua sendiri. Tapi sebelum tu.. bila gua baca kadang2 nak tergelak juga, yelaa.. ayat sains diorang takleh bla.. haha.. sila baca,



Bermula cinta budak nih....

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.(no Avagadro)

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

Diden: Apa yang korang berdua mengarut ni? korang berdua ni memang tak mengerti erti seni untuk bercinta, lihatla aku.. single2 pun ada la jugak sowng dua  yang sanggup admire aku huhu.. bila kita meletakkan warna putih dalam hati, mesti cerah punya rasa dia, cubala men watercalourkan jiwa tu dulu.. huuu~ tak visual graphic sungguh....


Aku&Mu: DIAM!

Habis... macam mana pengkhahirannya? hehe... senak perut adik aku beb..
kalau ada masa, leh aku buat pulak cinta budak seni macam aku, haha.. camnala agaknya.. cinta dak IT da ada, kat sini > cybernetic88 , hehe.. 

seni ye...em... nantila aku pikir..

Thanks @Abubu86! 



pss: minggu depan study week daaa... ayooo~ 
recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |