Wink-wink


Amaran :  
tidak sesuai untuk pesakit jantung

tidak sesuai untuk lemah semangat..
 

Semalam ak dah mula start pening + penat = ngantuk, dan betul - betul memerlukan tilam dan sebijik bantal untuk aku tidow sudahla hari tu hujan.. perh...., agaknya dah hampir 2 hari kot aku tak tido, pertama sebab xboleh nak tido kedua terdedah ngan internet dan ketiga kerja aku tu sendiri, Arr tension nya.. dah la lama tak boleh nak lelapkan mata diterjah pula ngan benda yang menghalangkan aku untuk tido. Sebelum Aku start bercerita seperti yang telah dijudulkan itu ' Mimpi yang seram ' Aku nak ucap terima-kasih lah kepada kawan2 yang membantu untuk melelapkan mata yang dah macam cycbercop nih. dah bermacam-macam usaha yang diorang buat termasuk bercerita pasal sejarah malaysia kat Aku?? dalam YM lak tu.. conform ngantuk... tapi takpe itu pun dah kira pengorbanan diorang la tu terhadap aku, bukan senang nak cari kawan yang memahami ni. hoo ~

pukul 2 pagi : OK, plug dah pun aku cabut(Idea PiNK - YS) sekarang aku perlu fokus pada tilam dan misi untuk aku tido... aaa? laaa mestila? apa dia? aku tak tinggal semayang la.. (terlewat adala (*_*)) ... tak tanya pun? haaaa....

pukul 2.12 pagi : Aku tidow...... mata sekejap bukak sekejap taknak... haaissss... Ultimately i was sleep as well as possible. Aku dah tidow ke? yekot gelap je nih.... aku memang tutup lampu tapi aku rasa aku dah tidow..

pukul 2.40 pagi : Mengikut prediction aku la kan, orang cakap bila dah tidow setengah jam kita dah berada di dunia fantasi kekadang dunia yang dikawal oleh setan-setan yang nak kacau kita.. Aku pun tak tau la.. Ok, mimpi aku dah start, akibat dah lama sangat aku tak mimpi dan mungkin cerita dalam mimpi aku nih dah banyak tertanguh episop dia jadi .. semua episod hari ni aku rasa dia dah combine semuanya.. huhu

pukul 3.00 pagi : aku nih cam tau-tau je aku tidow dan mimpi kul berapa, haaha kenkadang aku sendiri pun tak tahu ini hanyala bayangan aku sahaja, atau ianya benar-benar terjadi.. kadang-kadang tidow berjam2 tapi mimpi sekejap jew.. Ok malas nak membebel panjang,mimpi aku bermulala perjalanan di sebuah jambantan berdekatan sekolah lama aku.. ( pssss... ingat skang aku dah start cerita mimpi aneh tu )

masih tidow : Aku mula melangkah satu demi satu untuk sampai ke rumah, heran kat situ tiada orang langsung, yang ada hanyala aku. Waktu pagi dan sedikit huja renyai membasahi pipi aku, aku terus berjalan sambil menoleh kiri-kanan, semasa aku berjalan sendiri melalui sebuah jambatan tu.. aku melihat sekolah lama aku disebelah, jarak antara aku dan sekolah tu tak jauh, semasa aku memandang sekolah tersebut bulu roma aku terus berdiri tegak, dan seram sejuk mula dirasai. aku seperti hilang kawalan sedangkan perjalanan aku untuk sampai ke rumah masih lagi jauh. Apa yang aku nampak? aku nampak ada seorang perempuan yang sedang menenungku di tingkap atas sekolah, atau itu hanyala perasaan aku atau mungkin bayangnya sahaja ? semakin lama aku melihat dia semakin seram dibuatnya, lalu aku terus padang depan, sambil berbisik dalam hati aku .. " senjak bila pulak sekolah tu berpenghuni, sapa pulak perempuan tu? cleaner ke? ". sedar tak sedar hari sudah pun dah gelap... dan aku..... masih lagi berjalan di atas jambatan tu !!!! sekolah tadi semakin pudar dari penglihatan ku! hanya kabus yang menemaniku.. sejuk yaa amat masa tu, aku terasa seperti ada orang yang sedang berjalan di depan, aku semakin tak nampak apa yang berada di depan aku.. dan aku taknak tahu! aku berhenti sekejap dan berasa amat takut, suara orang yang berjalan kaki itu pun berhenti jugak... apa dah jadi pada aku masa tu? semua ayat quran yang aku tahu aku baca.. bulu roma aku betul2 tegang masa nih, aku dengar da ada orang yang mengilai kat sebelah telinga aku.. aku dah jadi separuh gila dan mahu keluar daripada jambatan tu secepat mungkin, aku kerap bertanya pada diri aku " aku sedang mimpi ke? " . Keadaan benar2 seperti sedang berlaku, aku mula berpeluh dan pegan dahi aku.. terasa seperti aku yang sebenar.. hujan yang renyai2 tadi terus lebat, dan aku masih bercangkung di atas jambantan. baju dan seluar aku basah, sejuk teramat sangat.. tiba2! aku nampak lampu kereta dari jauh.. padangan aku dihalang oleh kabus tebal.. bunyi tayar yang melanggar kelopak air sangat kuat, seperti kereta itu sedang tergesa-gesa. aku terus mengangkat tangan dan berharap dia nampak aku, lampu kereta amat cerah.. lalu kereta tadi pun berhenti betul2 didepan aku.

aku : encik!! mintak tolong tumpangkan saya?? ..... aar...arr saya dalam perjalanan nak ke rumah? encik?

sebenarnya kereta itu tiada orang pun yang memandu... sebab bila aku bukak pintu kereta, memang takde orang yang pandu..

aku : aik.. mana orang dalam kereta ni?! sapa yang bawak?ala hujan lebat nih... uhh? sapa kat belakang kereta tu? uh.....? Arrr !!

kat belakang tu tadi... adalah perempuan yang aku tengok masa mula-mula aku berjalan kat atas jambatan , mimpi gila aku masa tu, aku pun tak tahu pukul berapa dah masa tu.. wajah perempuan tu aku tak nampak, sebab dia ditutupi rambut yang panjang.. AARRR>>>> keadaan kereta memang busuk.. tempat duduk dia pun kotor, eee... korang rasa kan, waktu yang macam tu patutke kita masuk selamber je? aku tak sanggup,kalo masuk sapa nak bawak?kalo nak bawak jugak, habis yang kat belakang tu camne? walaupun hujan lebat sekalipun aku takkan masuk kereta tu. tapi selepas aku buat2 terkejut, aku terus berlari meningalkan kereta tu. aku toleh ke belakang balik, kereta tu masih lagi duduk kat disitu.. tiba2 bila aku toleh je depan balik,.... HAAA!!! perempuan tadi tu!! ada kat depan aku...

dengan serta-merta aku terjaga dari tidow! mesti anda semua bertanya2 kan? pernah tak dapat mimpi aneh seram yang macam tu? mungkin ada yang dah biasa sangat atau sebaliknya.

aku bangun pukul 10.00 (*_*).... subuh terlepas, terpaksa jujur.. takan nak tipu kot dah tak tidow dekat 2 hari leh bagun subuh?? ok, munkin aku masih lemah lagi bab2 nih, tapi semayang gak.. mmg lewat.. adik aku tanya aku semayang apa masa nih? haha... bukan selalu.

Pengajaran daripada mimpi aku :



  • jangan amalkan tido lewat sangat, macam2 mimpi leh ada
  • basuhla dulu kaki tu sebelum tidow...
  • pastikan dah sembahyang sebelum tidow
  • jangan ada banyak sangat kerja/aktiviti nanti terbawa2 sampai ke mimpi.




recent post tengah buat..

Assalamualaikum, and Hi!
I love played with CSS and sometimes I do some Creative media stuff, I hope you enjoy this post, click like, tweet and share it with ur friends too. Don't forget to drop some comment below.
Readmore Here..

Jangan lupa vote ^ komen yang terbaik ya :D

Phewww~

like this

Terjah Top Post Minggu nie

...


Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

Bloggers.com - Meet Millions Bloggers

PageRank

Design & Coding by : diden | 70% CSS Nak copy boleh, asal tinggalkan kredit |