Benda nih pernah terjadi kat aku suatu masa dahulu.. time tu aku tingkatan 1, semasa aku tunggang basikal ke sekolah, aku kena melalui 2 lorong kiri dan kanan.. di tengah2 pulak adalah laluannya.. ingat pada masa tu traffic light takde, dan hari da semakin gelap nak masuk magrib. cuba bayangkan semasa aku melalui jalan tu ... BANG!! 2 kereta arah bertengtangan laju disebelah aku... aku ingat satu je pada masa tu.... mati! jika aku mara kedepan walaupun 2 cm... mustahil aku masih hidup lagi.. lepas kejadian tu, aku tak bagitau pun ibubapa aku.. risau nanti ada masalah pulak
Dan lagi apa yang aku ingat adalah.. sewaktu mandi sungai dekat hutan lipur, aku pergi bersama keluarga, kebiasaanya aku lebih selesa mandi kat tempat tiada orang, dan lebih suka menyendiri.. tapi taklah menyendiri sangat pun.. semasa aku mandi sungai tu, aku suka menyelam di tempat yang dalam.. malam tak berbau, *mcam mana nak bau? ... tiba-tiba kaki aku tersangkut kat celahan batu,akibat daripada arus sungai yang kuat... menyedut kaki di celahan batu, pedih kaki aku rasa, sebab arus sungai terlalu kuat dan aku berusaha keras nak keluarkan kaki aku balik! sebab aku belum bersedia untuk ****..... dan aku tahu pada masa tu, xde siapa pun yang dengar jeritan aku, sebab aku berada didalam air.. hanya suara aku sendiri yang dengar.. buih keluar dari mulut tak henti2.. aku kekurangan oksigen... aku mula tertelan air sungai sedikit, dan aku sangat risau, aku perasan darah dah mula keluar kat kaki aku akibat geseran yang aku cuba keluarkan, the last thing i remember is... aku sempat mengucap dalam hati, aku sayang keluarga aku, aku taknak tinggalkan diorang. Jadi... aku usaha lagi, batu tu sangat2 besar, sehinggala usaha aku di minit akhir. hidung aku mula masuk air dan berasa amat pedih, aku mula tertelan banyak air.. kaki sebelah da berjaya dikeluarkan, jadi aku gunakan kaki sebelah untuk menolak batu besar tu. Sehinggala kedua2 kaki aku berjaya dikeluarkan!! aku rasa aku pensan masa tu... tapi badan aku terapun sampai ke permukaan air dan terus membawa aku ke hilir tanah, aku tak tau macam mana tangan aku boleh mendakap permukaan tanah.. sehinggala ayah aku jumpa aku disitu dan menyangka aku sedang berehat.... bila aku sedar balik.. aku masih hidup, dan mak aku siap bagi roti sardin kat sebelah, sebab diorang tak tahu apa2 pun masa tu.. hanya tuhan saja yang tahu.
Tengok video ni ada yang lucu... selebihnya...korang tau la nanti!
ok... selamat beramal... ^_^)v
Assalamualaikum, and Hi!